RM 1.6 billion.

Buat renungan kita bersama khususnya yg nak buat kenduri kahwin anak

Dah banyak koleksi cenderamata . Kebanyakannya di beli dari peniaga2 besar (Cina).
Nilai 3 , Sri Iskandar & Seberang Prai A to Z di buat utk orang Melayu habiskan duit utk style & jaga imej,

Banyak gift itu akan di buang saje sesampai di rumah. Kalau kita buat congak, kita boleh buat anggaran brpa banyak jualan yg kedai besar tu dapat selama setahun.

Kata lah ada 1000 jemputan
4.00×1000 org = RM 4,000.00
Ada 100 majlis dlm satu daerah
4,000 x 100 majlis = RM 400,000.00
Ada 10 daerah
400,000 x 10 daerah = RM 4,000,000.00
Ada 10 negeri
4,000,000 x 10 negeri = RM 40,000,000.00
Dalam satu bulan ada 4 kali
40,000,000 x 4 kali = RM 160,000,000.00
Dlm satu tahun ada 10 bulan
160,000,000 x 10 bulan = RM 1,600,000,000.00
RM 1,600,000,000 = RM 1.6 Billion.

Ini jumlah wang yg di berikan secara percuma oleh org melayu kpd peniaga2 besar.
Sbb itu gudang2 gergasi menjual brg2 goodies ni mengaut untung besar. Kalau kita tengok, pelanggan mereka penuh dgn melayu sahaja.

Jadi, dalam masa kita berdegor2 memperjuangkan hak melayu, kita perlu sentiasa bantu sesama kita.
Iaitu, pilih produk melayu sebagai hadiah cenderahati di dlm mana2 majlis. Beli lah krepek kicap dsb nya dari org melayu utk jadikan gift. Kita akan membantu memberi RM 1.6 billion kpd pengusaha melayu.